Sayang sayang saya :)

Friday, December 6, 2013

Lagu Pertama Pembuka Pintu Hati Utk Berhijrah

Bismillahirohmanirohim... 

Ahamdulillah masih diberi peluang dan kesempatan untuk melakukan amal ibadah dan mohon keampunan. 

nak tahu apa yang menyebabkan perasaan aku memBUAK-BUAK-BUAK untuk berubah??
hah!  dengan LAGU NASYID yang mak hadiah kan ny lah. lagu ny mak bagi masa dia nampak aku mula jinak-jinak mengubah kearah yg lebih baik. engat lg mak ckp, " Mak hadiahkan lagu ny khas utk PUTERI mak, semoga jadi inspirasi untuk masa depan" ^_^  syukran Ya Allah, kerana kau sentiasa beri aku JALAN, SUMBER, LALUAN, WAKIL untuk aku temui jalanMU

"sama-sama kita hayati lirik pembuka pintu hati ini ya."

Kala senja itu tiba 
Kutermenung sendirian
Terasa diriku ini jauh dari rahmat Tuhan
Dosa yang aku lakukan
Menerjah ruang fikiran
Masihkah ada untukku keampunan

Gelap rasa dunia ini
Tanpa cahaya Ilahi
Baru kini kusedari
Jalan yang aku lalui
Memusnah pedoman hidup
Melempar hatiku ini ke lembah kehinaan

Dalam kegelapan itu
Terbit cahaya dari-Mu
Memandu hamba-Mu menuju iman
Menginsafi diri dengan ketaqwaan dan kesabaran

Kau terangi jalanku menuju syurga-Mu
Dan Kau tunjuki dengan hidayah-Mu
Hanyalah pada-Mu kuhadapkan diri
Mohon keampunan

Wahai Yang Maha Pengasih
Bantulah hamba-Mu ini
Yang kian terumbang-ambing
Di dalam arus duniawi
Kuberdoa kepada-Mu
Memohon limpah rahmat-Mu
Mentari hidupku kan bersinar kembali

-mentari hidup-

Tuesday, December 3, 2013

Hanya kepadaMU Tempat aku mengadu

Bismillahirohmanirohimm....

 Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
 Hati? hmm.. buat masa ini sgt mudah terusik. KENAPA? kerana jauh dari insan-insan tersayang.. tp! tak mengapa, aku sekarang didampingi insan yg boleh membangunkan aku dari kegelapan silam dan insan yg 
Allah hantar utk menuju ke SYURGA. 

Dulu, selalu aku leka dan lalai dgn MAINAN dunia. tp, satu hari aku terfikir sampai bila aku harus hanyut dlm gelombang ini. aku ingin menjadi seperti saudara AMMAR. yg mempunyai cita-cita dan wawasan yang tinggi. aku? hmm aku tahu tahap kemampuan aku yang rendah adakah aku mampu untuk menjadi sepertinya? ALLAHUAKHBAR.. aku ingin membawa ibu, bapa serta keluargaku ke Syurga Allah. kerana aku tahu aku tak mampu utk membahagiakan mereka didunia dan jasa mereka tak terbalas. 

aku cuba dan cuba untuk menghindarkan dari melakukan perkara yg bisa melarang aku ke SyurgaNya. cinta? sebisa habis aku cuba utk pertahankan perasaan ini selagi belum ada jalinan hubungan yang SAH. aku abaikan perasaan ini ibarat aku seorang STONEHEART. apa org nk kata ttg perasaan aku? kata lah. aku cuma bisa berkata, ALLAH SAJA YANG TAHU. 


sombong? kasar? Iya, itu mmg aku jika berhadapan dgn lelaki yg bukan mahram. kerana aku ingin menjadi yg terbaik untuk suamiku suatu hari nanti. ILMU? aku ingin menimba, menimba, dan terus menimba selagi jasad dikandung badan.. dan aku tak akan kedekut dgn ilmu yang aku ada.. 

ITULAH CITA-CITA KU!!